

TENTANG KAMI
Misi kami Cinta Catering Wedding & Event ialah untuk mengurangkan kekusutan pelanggan-pelanggan dalam merancang jamuan makan. Kami faham bahawa untuk merancang majlis memerlukan banyak proses perancangan dan memerlukan tenaga kerja yang banyak untuk menjayakan sesebuah majlis. Dari segi aspek inilah yang boleh kami bantu dengan menggunakan kebolehan kami dalam mengendalikan majlis-majlis, mahupun kecil atau besar. Apa yang membezakan kami dengan syarikat-syarikat katering lain ialah kami sangat menitikberatkan aspek penyediaan makanan, perkhidmatan pelanggan, penjagaan kualiti, perancangan majlis dan logistik, penyusunan tenaga kerja dan aspek-aspek lain yang berkaitan dengan perancangan majlis. Kami turut berasa gembira dan bangga apabila sesebuah majlis itu berjalan lancar seperti yang dirancang. Ia menjadi satu kebanggaan bagi kami apabila dapat memenuhi permintaan pelanggan-pelanggan.
Cinta Catering Event And Services adalah 100% hak milik penuh bumiputra, yang beroperasi sekitar Lembah Klang, Kuala Lumpur dan Selangor. Kami menerima tempahan katering untuk pelbagai majlis termasuk majlis perkahwinan, majlis korporat dan lain-lain majlis keramaian. Selain menerima tempahan katering, kami juga menyediakan perkhidmatan kanopi, pelamin, andaman, fotografi, sound system, stage, lighting, truss dan lain-lain lagi.
Tenaga kerja mahir dan berpengalaman Mahligai Cinta, akan memastikan majlis anda berjalan dengan lancar dan menepati citarasa anda. Kami sangat berbesar hati untuk menyajikan perkhidmatan cemerlang kami. Hubungi sekarang untuk mendapatkan servis terbaik yang kami tawarkan.
Copyright © 2012-2014 Cinta Catering Wedding & Event. Penyedia katering untuk semua majlis dan katering kahwin. Menyediakan pakej perkahwinan meliputi katering murah, pakej katering perkahwinan lengkap. Optimize cintacatering.com site for search engines with WIX SEO Wizard







































